Kelas Intel/ Keusahawanan
15 Jun 2016 | Aktiviti TerkiniPada 13 - 14 Jun 2016, kelas Intel dan keusahawanan diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet Sibuluh. Seramai 3 orang pengurus Pusat Internet mengikuti kelas Intel dan keusahawanan bagi mendidik staff PI menggunakan internet dan media sosial untuk tujuan pemasaran produk. Penerangan diberikan mengenai kaedah pemasaran atas talian, mencipta e-mel, latihan membangunkan laman web perniagaan, taklimat keselamatan di internet, membangunkan blog dalaman web menggunakan WordPress, kaedah pemasaran melalui laman social serta laman web.
Kebaikan dan Kelebihan Program:- Untuk mendidik pelajar untuk menggunakan komputer dan internet dengan cara yang selamat.
- Memupuk sikap bertanggungjawab terutamanya dalam penggunaan kandungan berangkai secara positif.
- Menggalakkan belia dan masyarakat sentiasa peka dan berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
Aktiviti yang turut diadakan:
- Tayangan video KDB
- Oversharing
- Cyberbully
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: